Monday, August 15, 2016

Pesan Guruku




Dalam salah satu karya agung Imam Al Ghazali rahimahullahu Taala, beliau menyatakan manusia di akhir zaman ibarat tenggelam dalam lautan yang penuh gelora disertai ombak yang besar, cuaca yang gelap dan dingin. Jika kita bergantung kepada kekuatan diri, kita tidak akan selamat. Jika kita pandai berenang sekalipun, kita akan keletihan dan akhirnya tenggelam. Justeru apa yang dapat menyelamatkan kita jika tidak pertolongan dari Allah Taala.

Begitu juga dengan kehidupan kita di akhir zaman. Kita berhadapan dengan lautan pemikiran atau the battle of ideas dan kebanjiran maklumat yang belum pasti kesahihannya. Kita hampir tidak sedar bahawa sekarang ini wujudnya kecelaruan pemikiran dan ketidakmampuan kita membezakan benar atau salahnya limpahan sesuatu maklumat tersebut. Justeru peri pentingnya untuk kita berpaut kepada para ulama' kerana ulama' merupakan pewaris para anbiya'.

Mengutip mutiara bermakna dari guruku, Prof. Madya Dr. Khalif Muammar A. Harris

pada 30 Julai 2016 sempena Siri Kursus Pandangan Alam Islam.

No comments:

Post a Comment